Isnin, 3 Mei 2010

PRODUK GAHARU




PRODUK DARIPADA GAHARU

Di atas adalah gambar-gambar produk yang dihasilkkan daripada kayu Gaharu.
Kayu Gaharu amat digilai oleh orang-orang Asia Barat unyuk mengharumkan rumah mereka. Biasanya rumah orang-orang kaya dan keluarga Bangsawan serta Keluarga Diraja.

Minyak wangi yang terhasil daripada kayu Gaharu juga menjadi kegilaan orang-orang di dunia Arab khususnya Asia Barat.

Oleh itu tidak hairanlah kayu Karas atau Gaharu mempunyai nilai komersial yang amat tinggi di pasaran.

Pada masa ini terdapat banyak produk terbaru yang dihasilkan daripada Gaharu termasuklah sejadah dari kayu Gaharu, sabun, pencuci muka, dan ada juga teh gaharu yang mana dikatakan amat baik untuk orang lelaki. Cubalah, mana tau.

KEPERLUAN DUNIA

Pada masa ini Dunia hanya menghasilkan 35 % keperluan Gaharu . Oleh itu terdapat kelompangan sebanyak 65 % lagi. Mengapa tidak anda berkongsi pengeluaran kayu Gaharu ini untuk menghasilkan keperluan Dunia?

TINDAKAN

Tindakan pertama adalah MEMBELI ANAK BENIH GAHARU. Beli dan beli..
Kemudian tanam, tak kiralah kat mana. Keliling rumah pun boleh, kat tepi-tepi ladang pun boleh. Tapi yang paling baik ialah menanam secara ladang


PENANAMAN LADANG
Satu ekar anda boleh menanam 1,000 batang pokok Gaharu. Anda upah orang tanam
, siram dan baja. Oleh kerana Gaharu adalah pokok liar, anda hanya perlu biarkan ia membesar dengan sendiri. Tunggu hingga 6 atau 7 tahun kemudian untuk menuai hasilnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan