Selasa, 29 Jun 2010

KURSUS PENANAMAN GAHARU

Daftar segera untuk menghadiri kursus pada 31 Julai 2010 yang akan datang.
Bayaran RM250 sahaja seorang. Kursus bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang
dan akan dilaksanakan dalam dua sesi seperti berikut:-

Sesi pagi - Penerangan mengenai industri Gaharu
Sesi petang - Lawatan ke ladang gaharu dan cara penanaman dan suntikan.

Sarapan, Makan tengahari dan minuman petang disediakan.

Daftar segera dengan menghubungi tel no 0192467061 (Abd Rahim)

Pengesahan kehadiran adalah seminggu sebelum kursus diadakan. Bayaran semasa pendaftaran dilakukan.

Rabu, 16 Jun 2010

PELABURAN AWAL SEBELUM TARIKH PERSARAAN

7 tahun sebelum tarikh persaraan anda, tanamlah gaharu dalam skala yang besar (ladang). Anda hanya memerlukan RM 20,000 untuk menanam 1,000 pokok gaharu bagi 1 ekar tanah.

Anda boleh melihat hasilnya, selepas 7 tahun!!!

Dengan mengambil kira 1 (secara minimun)pokok berharga RM1,000, jumlah perolehan yang akan anda perolehi adalah RM1 juta. jumlah tersebut tidak termasuk dengan kos pengurusan dan penghasilan inokulasi sebanyak RM300,000. dengan itu, jumlah bersih perolehan anda adalah RM700,000.

Selasa, 1 Jun 2010

TANAH TERBIAR

Mengapa biarkan tanah anda terbiar tidak diusahakan. Mulakan langkah sekarang . Dengan kurang daripada RM20,000 anda telah boleh menanam Gaharu sebanyak 1,000 pokok bagi satu ekar. Semuanya diuruskan . Jadi jangan tunggu lagi, hubungi kami segera. Kami menyediakan anak pokok Gaharu bermutu tinggi.

Hubungi kami segera Abdul Rahim 0192467067.

Kami akan membawa anda melawat ladang-ladang yang telah ditanam pokok Gaharu bagi meyakinkan anda. Kami juga menyediakan kursus khas penanaman Gaharu. Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lamjut. Ramai yang telah berjaya mendapat sijil dan membeli anak pokok Gaharu daripada kami.

Isnin, 24 Mei 2010




KEISTIMEWAAN DAUN GAHARU(KARAS)(MHI TV3) 25 Mei 2010

Hari ini dalam malaysia Hari Ini TV3 Elly Iskandar menjelaskan kebaikan dan keistimewaan daun Gaharu. Daun ini baik untuk menyembuhkan penyakit cirit birit, angin dalam perut , meningkatkan nafsu kelelakian , menyembuhkan kanser dan beberapa penyakit lagi .

Elly tidak menyebutkan caranya, tetapi apa yang saya amalkan ialah merendamkan dua helai daun dalam air yang suam-suam kuku dan minum airnya .

Cubalah untuk mengetahui kebaikannya.

Khamis, 13 Mei 2010

GAHARU KAYU BERHARGA




Keterangan Gambar

Pokok Gaharu Liar di Lenggeng Ng 9
Kayu Gaharu Racik

Isnin, 3 Mei 2010

PRODUK GAHARU




PRODUK DARIPADA GAHARU

Di atas adalah gambar-gambar produk yang dihasilkkan daripada kayu Gaharu.
Kayu Gaharu amat digilai oleh orang-orang Asia Barat unyuk mengharumkan rumah mereka. Biasanya rumah orang-orang kaya dan keluarga Bangsawan serta Keluarga Diraja.

Minyak wangi yang terhasil daripada kayu Gaharu juga menjadi kegilaan orang-orang di dunia Arab khususnya Asia Barat.

Oleh itu tidak hairanlah kayu Karas atau Gaharu mempunyai nilai komersial yang amat tinggi di pasaran.

Pada masa ini terdapat banyak produk terbaru yang dihasilkan daripada Gaharu termasuklah sejadah dari kayu Gaharu, sabun, pencuci muka, dan ada juga teh gaharu yang mana dikatakan amat baik untuk orang lelaki. Cubalah, mana tau.

KEPERLUAN DUNIA

Pada masa ini Dunia hanya menghasilkan 35 % keperluan Gaharu . Oleh itu terdapat kelompangan sebanyak 65 % lagi. Mengapa tidak anda berkongsi pengeluaran kayu Gaharu ini untuk menghasilkan keperluan Dunia?

TINDAKAN

Tindakan pertama adalah MEMBELI ANAK BENIH GAHARU. Beli dan beli..
Kemudian tanam, tak kiralah kat mana. Keliling rumah pun boleh, kat tepi-tepi ladang pun boleh. Tapi yang paling baik ialah menanam secara ladang


PENANAMAN LADANG
Satu ekar anda boleh menanam 1,000 batang pokok Gaharu. Anda upah orang tanam
, siram dan baja. Oleh kerana Gaharu adalah pokok liar, anda hanya perlu biarkan ia membesar dengan sendiri. Tunggu hingga 6 atau 7 tahun kemudian untuk menuai hasilnya.

प्रोदुक दरिपदा GAHARU